Arisha ;]
Welcome to Arisha's Paradise.You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?





Smile :)


To H and who are called Boy :) Part1#
Wednesday, 23 May 2012 | 0 comment(s)
Assalamualaikum,

Lame seyhh tak update kan ? Am i rite ? Yes i'm rite . So many things happend to me and H and my Friends . And so on. Soo , ni just nak update sekejap jea~ Read and fahamkan oke :) Khas utk lelaki yang ter reti2 nak hargai seorang manusia yang bergelar wanita :) Cewaaaaah . \tgan dibahu , mata ketas/

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis. Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda. Apabila dia menangis di hadapan anda. Apabila dia menangis kerana anda.


Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa? Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa? Fikirkan. Berbaloikah dia menangis, Dihadapan anda, Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah. Dia menangis kerana dia kasihan atau simpati, dia menangis kerana dia tidak mampu lagi menangis didalam hati, Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir, Jika si dia menangis hanya kerana anda, Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda, Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal, Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...



Soo , hargailah orang sayang kan kita :)




Older Post . Newer Post